Kehidupan peribadi Haryati_Hamzah

Yatt telah melangsungkan majlis pernikahannya 29 Mac 2009 dengan Abdul Mutalib Abdul Shukor. Mereka mengikat tali pertunangan pada 2 Februari 2008 setelah hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing.[4] Mereka memiliki seorang anak bernama Suci Hanania Malika.Tetapi perkahwinan mereka menemui titik noktah pada 25 Ogos 2015. Mereka bercerai talak satu dihadapan hakim mahkamah syariah setelah Yatt memfailkan cerai terhadap bekas suaminya itu.[5] Pada 27 Februari 2016, Yatt selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya Muhammad Zulfadli (26), didalam satu majlis akad nikah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Majlis yang berlangsung secara sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan tersebut. [6]

Beliau kini menetap di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.